KUALA LUMPUR: Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Indonesia berikutan tragedi tanah runtuh yang menimbuskan dipercayai 60 mangsa di tapak perlombongan emas tanpa izin di wilayah Sulawesi Utara Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismal menyatakan kesedihannya atas berita tragedi runtuhan tapak perlombongan yang berlaku pada jam 9 malam waktu tempatan di Bolaang Mondow itu. Catatan itu dikongsi dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, Dr Wan Azizah. Untuk sampai ke tapak perlombongan emas itu seseorang perlu berjalan kaki kira-kira dua jam dari Desa Bakan Kecamatan Lolayan. Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) sehingga 5 pagi tadi, 13 orang yang cedera diselamatkan, seorang lelaki disahkan meninggal dunia manakala lebih 60 lagi dikhuatiri tertimbus.

 Sementara itu di BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei Darussalam): Malaysia menawarkan kepakaran dan pengalaman kepada Brunei Darussalam dalam pengurusan bencana menerusi kolaborasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Brunei. Dr Wan Azizah berkata antara kepakaran yang mampu ditawarkan NADMA adalah pensijilan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG). Malaysia, katanya, adalah sebahagian daripada anggota INSARAG, boleh menawarkan pengalaman serta kepakaran untuk Brunei. Brunei juga mungkin boleh menganggotai kumpulan itu.

Dr Wan Azizah yang pulang ke tanah air selepas melawat Brunei Darussalam berkata Malaysia boleh menawarkan pengalaman dan kepakaran manakala Brunei menawarkan infrastruktur dan kemudahan untuk latihan. Terdahulu itu, Dr Wan Azizah melawat NDMC dan bertukar pandangan mengenai sistem pengurusan bencana di antara kedua-dua negara dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Pehin Datuk Seri Dr Awang Abu Bakar Apong. Sementara itu, ketika menghadap Putera Mahkota Brunei yang juga Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Dr Wan Azizah berkata, perbincangan menjurus kepada cara-cara praktikal dalam mengukuhkan lagi hubungan akrab yang terjalin sekian lama antara kedua-dua negara.

Rate this item
(0 votes)
Read 99 times
Tagged under
admin

Neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit, sed quia non numquam eius modi tempora incidunt ut labore et dolore magnam aliquam quaerat voluptatem. 

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Vision Studio (M) Sdn Bhd,

                    6-3A-2, Sinaran TTDI,

                    Jalan Tun Mohd Fuad 3,

                    Taman Tun Dr. Ismail,

                    60000 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

BatuBersurat adalah satu-satunya laman

portal berita yang digerakkan syarikat

swasta untuk kepentingan Islam di seluruh

Nusantara dan Dunia.

Diuruskan Vision Studio Sdn Bhd

beribu pejabat di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…