BANDAR SERI BEGAWAN: Dua negara yang mendaulat Islam - Malaysia dan Brunei Darusssalam hari ini berunfing mengenai beberapa cadangan baharu dalam bidang ekonomi dan perdagangan yang bermanfaat untuk kedua-kedua negara.

 

Perbincangan kepentingan dua negara yang mempunyai majoriti umat Islam itu diadakan pada pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Antara lain, perbincangan berfokus kepada usaha mewujudkan kerjasama di antara dewan perniagaan Malaysia dengan dewan perniagaan Negara Brunei Darussalam. Ini adalah usaha berterusan Kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dan strategik.

Wan Azizah berada di sini dalam lawatan rasmi dua hari di Brunei, salah satu dari lawatan pengenalan beliau ke negara-negara Asean. BERNAMA melaporkan sesi pertemuan dengan Sultan Brunei itu dimanfaatkan untuk menyatakan dengan lebih lanjut berkaitan dasar-dasar Malaysia. Beliau turut sependapat dengan Sultan Brunei, bahawa hubungan Malaysia dan Brunei ketika ini berada pada tahap yang terbaik. Wan Azizah berkata isu-isu serantau yang melibatkan peranan Malaysia dalam membantu pelarian Rohingya menerusi aktiviti kemanusiaan dengan penubuhan Hospital ëMedaní Malaysia di kem pelarian Coxís Bazar, Bangladesh, turut disentuh dalam pertemuan itu.

Merujuk kepada pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Brunei yang juga menteri bertanggungjawab mengenai wanita, keluarga dan masyarakat, Mej Jen (B) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Abidin, Wan Azizah berkata antara yang dibincangkan adalah usaha meningkatkan lagi kerjasama golongan wanita dan belia antara kedua-dua negara. "Kami juga bertukar-tukar pandangan berkaitan amalan terbaik bagi dasar-dasar yang dapat membantu golongan warga emasÖ ia termasuk (pandangan mengenai) usaha-usaha yang telah dan boleh dilaksanakan bagi membantu persediaan golongan wanita untuk menyertai pasaran tenaga kerja," katanya.

Wan Azizah berkata beliau turut menawarkan kerjasama dari Malaysia untuk membantu Brunei dalam usaha berkaitan rehabilitasi golongan berkeperluan khas serta usaha memerangi jenayah siber lebih-lebih lagi yang melibatkan perlindungan kepada kanak-kanak. Dengan penubuhan Hospital ëMedaní Malaysia di kem pelarian Coxís Bazar, Bangladesh, turut disentuh dalam pertemuan itu. Merujuk kepada pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Brunei yang juga menteri bertanggungjawab mengenai wanita, keluarga dan masyarakat, Mej Jen (B) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Abidin, Wan Azizah berkata antara yang dibincangkan adalah usaha meningkatkan lagi kerjasama golongan wanita dan belia antara kedua-dua negara. "Kami juga bertukar-tukar pandangan berkaitan amalan terbaik bagi dasar-dasar yang dapat membantu golongan warga emasÖ ia termasuk (pandangan mengenai) usaha-usaha yang telah dan boleh dilaksanakan bagi membantu persediaan golongan wanita untuk menyertai pasaran tenaga kerja," katanya.

Wan Azizah berkata beliau turut menawarkan kerjasama dari Malaysia untuk membantu Brunei dalam usaha berkaitan rehabilitasi golongan berkeperluan khas serta usaha memerangi jenayah siber lebih-lebih lagi yang melibatkan perlindungan kepada kanak-kanak.

Rate this item
(0 votes)
Read 97 times
Tagged under
admin

Neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit, sed quia non numquam eius modi tempora incidunt ut labore et dolore magnam aliquam quaerat voluptatem. 

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Vision Studio (M) Sdn Bhd,

                    6-3A-2, Sinaran TTDI,

                    Jalan Tun Mohd Fuad 3,

                    Taman Tun Dr. Ismail,

                    60000 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

BatuBersurat adalah satu-satunya laman

portal berita yang digerakkan syarikat

swasta untuk kepentingan Islam di seluruh

Nusantara dan Dunia.

Diuruskan Vision Studio Sdn Bhd

beribu pejabat di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…