Maybank IB raih 13 Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A

KUALA LUMPUR 10 Julai - Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) meraih 13 pengiktirafan di Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A 2019, termasuk dua anugerah utama bagi Bank Pelaburan Islam Terbaik dan Penasihat Sukuk Terbaik Tahunan bagi Asia Pasifik.

Maybank IB juga menerima anugerah bagi Bank Pelaburan Islam Terbaik Malaysia dan Penasihat Sukuk Terbaik Tahunan Malaysia, di samping pelbagai anugerah bagi urus niaga penting yang mengutamakan kapasiti bank pelaburan itu dalam menjalankan transaksi kewangan Islam inovatif.

Dalam kenyataan hari ini, Maybank IB berkata anugerah itu diberikan berasaskan prestasi kukuh Maybank IB semasa tempoh yang dinilai.

Ketua Pegawai Eksekutif, Fad’l Mohamed berkata Maybank IB amat gembira atas pengiktirafan itu, termasuk anugerah yang pertama kali dimenangi mereka, yang mengiktiraf keupayaan serantau dalam melaksanakan transaksi kewangan Islam yang kompleks di seluruh spektrum urus niaga.

Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A yang diperkenalkan pada 2010 merupakan antara anugerah paling berprestij industri itu.

Industri kewangan Islam menjadi antara yang paling pesat berkembang dan menjadi bidang kewangan global yang mempunyai masa depan yang baik. - BERNAMA

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…