Qatar sedia terlibat projek kereta nasional

KUALA LUMPUR 30 Julai - Qatar menyatakan kesudian untuk terlibat dalam projek kereta nasional ketiga yang dirancang oleh kerajaan Malaysia.

 

Perkara itu menjadi perbualan antara Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof ketika menghadiri program makan malam anjuran Duta Qatar ke Malaysia, Fahad Mohammed Kafoud, malam tadi.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pihak Qatar mengulangi kesediaan negara itu untuk melabur di dalam projek tersebut sama ada dari segi pembangunan enjin, komponen, peralatan teknologi atau promosi.

Beberapa lagi bentuk kerjasama yang dibincangkan ialah cadangan pelaburan dalam sektor hartanah di Putrajaya, penglibatan syarikat-syarikat Qatar di Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP), pelaburan di Langkawi dan industri gelatin halal.

“Duta Qatar juga mengiktiraf peranan Malaysia untuk mengatasi masalah yang dihadapi etnik Rohingya.

“Menteri dan Duta Qatar itu bersetuju bahawa konflik yang berlaku perlu diselesaikan secara baik dan etnik itu bukan sahaja dibantu dari segi kewangan, tetapi juga pendidikan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Makan malam anjuran Kedutaan Qatar itu juga turut disertai delegasi Kemeterian Pengangkutan dan Komunikasi Qatar yang mengadakan lawatan ke KLIP.

Delegasi tersebut dijangka mengadakan pertemuan dengan Mohd. Redzuan esok di pejabat Kemnterian Pembangunan Usahawan. - UTUSAN ONLINE

 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…