Pengilat kuku halal Malaysia tembusi pasaran antarabangsa

PUTRAJAYA, 2 Jun (Bernama) -- POLISHED by Sama Sama, produk oleh Spa Sama Sama di bawah Natural Wellness Holdings Sdn Bhd, mendapat penerimaan di Jepun dan United Kingdom (UK).

Spa di Bukit Jelutong - yang menawarkan perkhidmatan antaranya merias dan merawat kuku - adalah perusahaan sosial untuk wanita muda yang kurang bernasib baik.

Ketua Strategi dan Komunikasi Korporat Spa Sama Sama, Alisa Kandiah berkata pengilat kuku yang telap air, mesra wuduk dan mendapat pensijilan halal itu boleh didapati di MyBotanG (sebuah kedai gaya hidup) di Nagoya, manakala satu vendor akan menandatangani kontrak untuk pasaran UK.

“Jenama ini juga dalam perbincangan dengan beberapa pihak yang berminat dan pengedar berpotensi di Timur Tengah,” katanya.

Di Malaysia, pengilat kuku itu didatangkan dengan 103 warna dari pastel ke gemerlapan, boleh didapati di spa itu, butik terpilih di Lembah Klang seperti Modvier, Loka dan Style Annexe, menerusi pembelian secara dalam talian di MySmink, Koyara.com dan Halal & Co serta di laman Instagram @POLISHEDbySamaSama.

Berharap untuk memasuki pasaran antarabangsa, Alisa berkata jenama itu menyertai pameran perdagangan Natural & Organic Products Europe 2019 dan London Muslim Shopping Festival 2019, kedua-duanya pada bulan lepas.

Tahun lalu, POLISHED by Sama Sama menyertai pameran perdagangan Cosmetic 360 di Perancis dan mendapat sambutan positif.

-- BERNAMA

 
 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…