Islamic Turki gelincir jadi superpower

TURKI melalui Empayar Uthmaniah (Inggeris: Ottoman) menusuk Eropah sejak abad 14. Jika tidak tergawang di Vienna, mungkin seluruh Eropah diperintah Turki. Mungkin juga Muslimin di Eropah bukan hanya terbatas di Bosnia dan Albania. Dulu banyak tempat dipanggil negara kota, ertinya kota dan negara adalah sama. Contohnya, Rom adalah kota yang juga negara. 

Di kemuncak kuasanya, lengan Turki menjangkau Moscow, Venice, Budapest, Belgrade dan banyak lagi yang kini menjadi ibu kota beberapa buah negara di utara dan barat Eropah. Kelemahan politik dalaman Turki dan kekecohan antara orang Turki dengan orang yang diperintah menjejaskan pelaksanaan kuasa di Istanbul.

Akibat itu semua, Sultan Sulaiman yang digelar Sulayman The Magnificient (Sulaiman Yang Cemerlang) memilih untuk bersantai dan berleka-leka dengan wanita-wanita cantik di ‘harem’ dalam kawasan Istana Topkapi di Istanbul. 

 

Dalam kunjungan di Budapest, ibu negara Hungary, info penting yang diberikan ialah pelanggaran tentera Soviet dalam tahun 1956. Yang lebih besar ialah pemerintahan Turki ke atas Hungary selama lebih 500 tahun hingga ke Perang Dunia Pertama. Di akhir abad ke 19, Turki dimomokkan oleh Eropah sebagai ‘Orang Uzur Eropah’. 

Menghadapi masalah yang kian membesar, Turki memilih berpihak dengan Jerman. Dalam Perang Dunia Pertama (1914-18), Turki mengasak askar dan rakyatnya, mengorbankan bukan kepalang jumlahnya. Ini membakar rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. 

Di bawah kepimpinan Kemal Ataturk, selaras dengan gerakan Turki Muda (Young Turks), rebutan kuasa dari Sultan Usmaniah terakhir berlaku, menjadikan Turki republik. Hingga kini tarikh perebutan kuasa itu dipanggil ‘Hari Kemerdekaan’, tegasnya pembebasan diri dari Uthmaniah. 

Menoleh kembali, di kemuncak kuasanya dalam abad ke 16, 17 dan 18, Turki berpadanan menjadi superpower dunia seperti AS sekarang ini. Penduduknya lebih ramai daripada mana-mana negara Eropah. Gelaran Sulaiman The Magnificient adalah anugerah kepada prestasinya menakluk dan memerintah bumi Eropah.

Tenteranya paling ramai dan paling efisien. Senjata apinya dibuat sendiri atau dihasilkan oleh tanah jajahan. Penunggang kudanya tangkas dan cekap dalam peperangan pembantingan tangan. Kemal Ataturk memperpadatkan kuasanya selepas perang. 

Tanah jajahan Turki di bumi Arab, dari Maghribi hingga ke Iraq, termasuk Semenanjung Arabia (kini Arab Saudi) digugat British dan Perancis. Terbukti orang Arab terutama Badwi yang pindah-randah, sanggup bersekongkol dengan British, Perancis, Itali melawan Turki. 

Tahun 1921 menjadi tahun paling bersejarah apabila Jordan diberikan kepada keluarga al-Hashemah yang memungkinkan sebuah takhta hingga kini. Iran pada tahun sama diberikan kepada Reza Khan Pahlavi. Puteranya Shah Pahlavi bertakhta hingga di jatuhkan pada 1979 untuk Iran seterusnya menjadi sebuah republik. 

Jelas sekali muslimin tidak belajar dari sejarah, seperti kata Ahli Falsafah Santayana (1863-1952) ‘mereka yang lupa sejarah akan dilaknat mengulangi sejarah’. Sejarah Muslim paling relevan ialah Kekhalifahan Umayyah kurang 100 tahun lepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. 

Ia mengilhamkan orang Berber (Arab di utara Afrika) menawan selatan Sepanyol dan kekal memerintah di sana selama 800 tahun. 

Sikap acuh tak acuh, cenderung kepada hidup keasmaraan dengan wanita Sepanyol, pecah memecah kawasan untuk suku sakat Emir Granada demi masing-masing memerintah sesuatu kawasan, ditambah dengan sikap yang kurang bersungguh mengislamkan Kristian Katholik, akhirnya kuasa Muslim lumpuh dan terkulai di bawah serangan Raja Kristian dari utara pada tahun 1492.

Begitu ramai orang Berber menjadi mangsa kezaliman dasar Spanish Inquisition (Pembelasahan Sepanyol) yang tidak terperi, dan dinyahkan keluar daripada bumi Sepanyol itu. Pelajaran untuk Turki dari situ ialah berkeras dan jangan manjakan pihak yang dijajah. 

Tegaskan usaha pengislaman seperti usaha Sepanyol dan Barat lain mengkristiankan rakyat yang dijajah seperti di Filipina, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi di Asia Pacific. 

Malangnya, segalanya sudah berlalu untuk Turki. Ia kini harus berdikari bersama sekawanan Russia, Iran, China dan Pakistan. Keahliannya dalam pakatan NATO yang menjaga keselamatan Eropah tidak dihayati sewajarnya. 

Bumi Arab yang pernah dipayunginya dulu kini berkiblat kepada AS dan EU, kecuali Syria dan Yemen. Ya Rabbi. 

 

TAN SRI ADAM KADIR ialah bekas Ahli Kabinet dan Presiden Senat.

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…