Elakkan tidur meniarap

RAMAI yang gemar tidur dalam keadaan meniarap walaupun pernah mendengar bahawa perbuatan itu dilarang, malah Rasulullah SAW juga pernah mengejutkan seseorang menggunakan kaki hanya kerana orang itu tidur meniarap.

 

Ini seperti yang diriwayatkan Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari r.a. bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang mengejutku (membangunkanku) dengan menggunakan kaki lalu berkata, maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah.” Kemudian Tikhfah berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW. - Riwayat Abu Daud (5040) dan al-Bukhari (1187)

Berdasarkan hadis tersebut, jelas terdapat larangan agar manusia tidak tidur secara meniarap. Dalam kitab-kitab fikah mazhab al-Syafie, turut menjelaskan bahawa tidur secara sengaja dalam keadaan itu adalah makruh.

Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah dalam kitabnya al-Majmu’ maksudnya: “Dan dimakruhkan untuk tidur di atas perut (secara meniarap).”

Dalam pada itu, Al-Khatib al-Syarbini menyebut bahawa sunat mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap.

Jadi, seeloknya perbuatan itu dielakkan. Dalam Islam, terdapat adab dan sunah yang boleh dipraktikkan oleh umat Islam ketika tidur iaitu dalam keadaan berwuduk dan mengiring ke kanan.

Sebelum tidur juga digalakkan membaca ayat al-Kursi untuk memelihara diri daripada gangguan syaitan. Umat Islam juga digalakkan membaca surah tiga Qul iaitu Surah al-Ikhlas, al-Falaq serta al-Naas seperti yang dilakukan Rasulullah.

Selain itu, sebelum tidur seeloknya dibersihkan dahulu tempat tidur dengan mengambil kain dan mengibaskan tempat tersebut, membaca doa, membuang sifat dengki serta memaafkan orang lain.

Sumber Irsyad Al-Fatwa, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…