Tutuplah aib saudara mu

“SESIAPA yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat...” - Riwayat Tirmizi

Itulah antara sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis yang memberi peringatan kepada umat Islam agar menjaga aib saudara seagama.

Hal ini kerana, membantu orang yang memerlukan merupakan tindakan mulia dan lebih mulia apabila membantu orang yang sedang berusaha menutupi aibnya.

Orang seperti ini biasanya ialah mereka yang tidak pernah melakukan maksiat, namun terpaksa atau dipaksa untuk melakukannya.

Sungguh ramai orang seperti ini dalam masyarakat, antaranya mereka yang terpaksa melakukan maksiat suatu ketika dahulu kerana tidak mempunyai pilihan.

Namun, kini mereka ingin memperbaiki diri dan memulakan lembaran baharu yang lebih bersih bagi mendapat keredaan Allah.

Maka, menjadi kewajipan bagi kita untuk membantunya dalam usaha menarik mereka keluar daripada dilema dosa silam.

Kita seharusnya berpura-pura jahil iaitu tidak mengetahui perbuatan buruk yang dilakukan mereka seperti mana Allah menutup aib dan menyayangi kita walaupun kita sentiasa melakukan dosa kepada-Nya.

* Sumber: Buku Dalam Hati ada Syurga

 

 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…