Nak tunda bongkah ais ke UAE

ABU DHABI: Seorang usahawan dan pencipta warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) merancang untuk menunda bongkah ais di Antartika ke Teluk Arab semata-mata mahu menyediakan air bersih di negara teluk itu.

Odditycentral melaporkan, negara Arab tidak mempunyai banyak sumber air disebabkan iklimnya panas dan gersang, sekali gus bergantung kepada air laut melalui proses nyahgaram yang bukan saja mahal malah berbahaya kepada alam sekitar.

Selama enam tahun, Abdulla Alshehi merancang mengangkut bongkah ais sepanjang dua kilometer dari Antartika ke Teluk Arab sejauh 8,851 kilometer, menggunakan teknologi moden.

“Bongkah ais berkenaan akan diambil dari Pulau Heard berhampiran Kutub Selatan dan ditunda sejauh ribuan kilometer menggunakan tali pinggang logam yang direka agar ia tidak jatuh berkecai sepanjang perjalanan.

“Namun, dijangkakan 30 peratus daripada jisim ais akan hilang dalam tempoh 10 bulan perjalanan ke Teluk Arab dan tiba pada musim sejuk,” kata Alshehi kepada Euronews.

Ia adalah satu cabaran besar untuk mengelakkan ais dari mencair dengan cepat, tetapi menurutnya ia mampu diatasi.

“Proses penuaian bongkah ais sedalam 300 meter dari aras laut itu akan dilakukan serta-merta dan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan,” katanya.

Selain menyediakan air bersih untuk jutaan orang di UAE sehingga lima tahun, kawasan bongkah ais dijangka memberi manfaat besar kepada aktiviti pertanian dan meningkatkan ekonomi pelancongan kerana ramai yang mahu melihat bongkah ais.

 

 
 
 
 
 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…