Menghayati fenomena, transformasin suci Aidilfitri

Insya-Allah, beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri, yang mana selalu dijelaskan sebagai kemenangan istimewa untuk merayakan hari selepas sebulan penuh berpuasa.

Hakikatnya Aidilfitri di dalamnya terkandung pelbagai peristiwa yang membawa banyak makna dari segenap sudut, baik iaitu spiritual, sosial, budaya dan harapan.

Disebut spiritual kerana Aidilfitri adalah tradisi keagamaan. Ia berakar keyakinan keagamaan yang bukannya hasil imaginasi manusia, tetapi ajaran yang memang didasarkan pada perintah Allah.

Disebut sosial kerana Aidilfitri menjadi fenomena masyarakat atau umat Islam yang tidak sekadar dilakukan satu dua orang, tetapi semua yang memeluk keyakinan Islam. Di mana pun berada, semua umat Islam pasti menjalani hari raya ini.

Aidilfitri juga adalah ekspresi budaya dek kebiasaan seperti balik kampung dan hidang kuih tradisional, sesuai latar belakang masing-masing. Di desa, lebaran biasanya dimeriahkan dengan tradisi makan ketupat, menyalakan pelita atau ziarah dan lain-lain lagi.

Bercakap soal spiritual, Aidilfitri boleh diertikan sebagai makna langit. Makna yang tidak harus diragukan kebenarannya dalam menyempurnakan rangkaian ibadah umat Islam di dunia. Agama sebagaimana kita tahu adalah perintah langit (Tuhan) yang diturunkan demi kepentingan manusia dalam menjalani kehidupannya.

Manusia walau sehebat mana inteleknya, akan tetap memerlukan panduan dan bimbingan Tuhan dalam menelusuri dan menjalani kehidupannya di dunia ini. Jadi Aidilfitri atau lebaran adalah salah satu cara bagaimana Tuhan berkomunikasi dengan manusia melalui rangkaian ajaranNya.

 

Anugerah kasih sayang kepada manusia

Spiritual Aidilfitri sebagai makna langit bererti ia memiliki nilai dan makna yang berada di luar batas intelek manusia. Soalnya, mengapa Tuhan memberikan pakej nilai dan makna daripada sebuah hari raya kepada manusia?

Tentu sahaja ini isyarat bahawa Tuhan memberi ‘kasih sayang’ kepada manusia, tabiat yang menjadikan makhluk itu yang menyenangi kemeriahan, kesenangan dan riang gembira.

Selepas sebulan penuh umat Islam menjalani ibadah yang menguruskan kekuatan mental dan fizikal, menjadi naluri jika manusia mengharapkan sukacita dan keriangan. Meskipun fenomena itu mungkin bukan ‘pahala’ bagi umat Islam, ia boleh dimaknai sebagai bentuk ‘imbuhan’ kesenangan Tuhan kepada umat Islam.

Aidilfitri juga memiliki makna bumi sebagai fenomena sosial kemanusiaan, yang jelas tidak boleh terpisah sama sekali daripada makna langitnya.

Tidak kiralah status atasan atau bawahan, YB (Yang Berhormat) atau rakyat, semuanya harus larut dalam kehubungan sosial suasana Aidilfitri.

Nilai ini kemudian diimplementasi dalam tradisi saling kunjung-mengunjungi antara sesama manusia. Saling bersalaman dan bermaafan menjadi pelengkap nilai Aidilfitri sebagai nilai bumi dan semesta manusia.

Tidak cukup dengan itu, interaksi sesama makhluk Tuhan juga sebahagian daripada makna bumi bagi Aidilfitri, yang seharusnya menjadi momentum untuk manusia memahami peranannya sebagai pengelola atau khalifah alam semesta ini.

 

Alam untuk dihargai, dihormati

Alam bukan semata-mata objek eksploitasi untuk kepentingan manusia, tetapi juga entiti di mana manusia harus menghargai dan menghormatinya. Jika manusia merasa memperlakukan alam sewenang-wenang, maka Aidilfitri mampu dijadikan momen manusia untuk ‘minta maaf’ kepada alam semesta.

Pengertian minta maaf ini dalam menata sikap dan persepsi terhadap alam semesta, memperbaiki cara pandang dan perlakuannya terhadap benda di sekitar, menyayangi makhluk hidup lain seperti haiwan dan tumbuhan.

Apa sekalipun, mereka adalah sebahagian daripada alam semesta atau bumi khususnya yang sama-sama berhak mendapatkan perlakuan sewajarnya daripada manusia sebagai pengelolanya.

Makna terakhir Aidilfitri adalah makna diri sendiri. Ia paling penting kerana tidak ada ertinya seseorang merayakan Aidilfitri dengan sesama manusia dan makhluk lainnya, jika tidak dengan dirinya sendiri.

Aidilfitri dengan diri sendiri bererti menata ulang cara diri menjalani kehidupan di dunia ini. Istilah Aidilfitri (kembali ke kesucian) barangkali lebih tepat dijadikan acuan dalam praktik sambutan lebaran itu dengan diri sendiri. Merenungi segala hal yang membuat diri sendiri menjauh daripada keharusan dan kemestian sebagai manusia, itulah implementasi daripada makna Aidilfitri bagi diri sendiri.

Wajar jika manusia mengalami konflik bukan hanya dengan orang lain, tetapi juga dengan diri sendiri seperti pertentangan antara naluri kemanusiaan dan dorongan kebinatangan yang menggodai keutuhan diri sendiri. Peperangan dengan diri ini adalah paling abadi dan sulit untuk didamaikan.

 

Selami makna, keindahan Aidilfitri

Maka dengan dorongan kekuatan daripada makna langit dan makna bumi ini, makna Aidilfitri dengan diri sendiri boleh dilakukan. Hasilnya barangkali ‘identiti kedirian’ - kesedaran bahawa diri sendiri menjadi titik pijak daripada kesedaran sosial dan budaya - meningkat berbanding sebelumnya. Tanpa kesedaran diri yang tepat, kesedaran lainnya tidak bermakna apa-apa.

Apa yang pasti, jika urutan ini diterbalikkan, ia akan menampakkan bahawa rangkaian Aidilfitri dimulai dari sudut diri sendiri, kemudian dilebarkan kepada sesama manusia dan makhluk lainnya sebelum disempurnakan dengan akhirnya Aidilfitri itu menuju kepada Allah SWT.

Maka, ayuh maknakan Aidilfitri dalam rangka kerja kita sebagai khalifah dan hamba-Nya. Janganlah menganggap Aidilfitri sebagai kebiasaan sosial keagamaan semata-mata, tetapi sebagai alat lengkap dalam rangka menyatukan kesedaran diri, kemanusiaan dan ketuhanan. Ia barangkali makna ideal daripada satu fenomena Aidilfitri.

Ada mengatakan, Aidilfitri adalah hari kemenangan, hari pengampunan dosa. Soalnya kemenangan siapa, untuk siapa dan untuk penghapusan dosa siapa? Jelas tidak mudah menjawabnya.

Yang jelas, Aidilfitri adalah permulaan hari baharu, yang mana masyarakat mengalami perubahan atau transformasi dalam diri. Aidilfitri bukan hari dengan kenderaan atau pakaian baharu, tetapi hari di mana individu dengan kesedaran baharu akan datang mengisi ruang kemasyarakatan.

Harapannya, dari tangan manusia baharu yang lahir melalui penghayatan sebenar Aidilfitri ini, akan lahirlah Malaysia Baharu, yang makmur dan diredai Allah SWT.

 

Penulis adalah Timbalan Yang Dipertua Kelab Sahabat Ma’ruuf Terengganu

 

 

Berita Harian

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…