Jom buat 300 kebaikan dalam 2 saat ketika berjalan

TIDAK susah untuk membuat kebaikan dalam Islam. Tanpa kita sedari, perkara kecil yang dilihat remeh sebenarnya boleh menjadi lubuk pahala sekiranya kita mengamalkan sebaik mungkin.

 

Satu daripadanya ialah memberikan salam ketika bertemu. Sekiranya anda menyapa seseorang dengan ‘Assalammualaikum’ ketika sedang berjalan berbanding mengucapkan ‘selamat pagi’ atau apa sahaja ucapan lain, anda akan mendapat 10 kebaikan.

Jika anda turut mengucapkan ‘Warahmatullah’ anda akan memperoleh 20 kebaikan dan jika ditambah lagi dengan perkataan ‘Wabarakatuh’, 300 kebaikan akan dicatatkan dalam Buku Amalan Kebajikan anda berbanding hanya 30.

Hal ini demikian kerana 30 kebaikan dijanjikan dengan salam yang lengkap dan bagi setiap kebaikan 10 kali gandaan turut dijanjikan. Oleh itu ia akan menjadi 30x10=300 kebaikan.

Kesimpulannya, sekiranya anda menjadikan perbuatan ini sebagai rutin harian untuk menyapa orang dikenali atau tidak dikenali sebanyak 10 kali dengan salam yang lengkap, maka pahala dalam Buku Amalan Kebajikan akan menjadi berlipat ganda.

SUMBER Buku: Amalan Kecil Berterusan Berpahala Besar

 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…