Doa dan mujahadah pupuk sifat istiqamah

ISTIQAMAH senang dilafazkan tetapi sukar untuk dilaksanakan terutama dalam kebaikan. Beberapa hal utama yang boleh membantu untuk istiqamah seperti yang dipetik daripada Syarah Hadis Istiqamah oleh Syeikh Profesor Dr. Abdul Rozzaq al-Badr ialah doa.

Doa sebagai kunci segala kebaikan yakni senjata untuk kita memohon kepada Allah agar sentiasa istiqamah dengan akidah yang benar hingga ke akhir hayat.

Allah berfirman yang bermaksud “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”-Surah Ali Imran.

Kedua adalah mujahadah iaitu berjuang bersungguh-sungguh untuk mengamalkan perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Dengan pelbagai ancaman ideologi yang cuba memesongkan akidah dan amalan mengikut syariah, remaja harus membulatkan tekad serta meningkatkan iltizam untuk beristiqamah dengan ajaran Islam yang syumul sebagai identiti diri.

SUMBER Buku: Bangkitlah Remaja Islam

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…