Hukum khunsa jadi imam

TIADA siapa minta untuk dilahirkan tidak normal termasuk mempunyai dua kelamin atau khunsa. 

Persoalannya, bolehkah golongan tersebut menjadi imam kepada jemaah lelaki atau wanita lain.

 

Isu ini turut dibincangkan ahli fekah. Ia sebagaimana Imam Al-Nawawi menyatakan:

“Tidak sah seorang perempuan dan khunsa menjadi imam kepada orang lelaki. Tidak sah pada solat fardu dan solat sunat. Adapun sekiranya yang mengikut solat tersebut merupakan perempuan (menjadi makmum), maka tidak disyaratkan kelelakian untuk menjadi imam mereka (orang perempuan) di sisi mazhab Al-Syafieyyah serta Al-Hanabilah. Maka sah bagi orang perempuan menjadi imam kepada perempuan yang lain. - Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/96).

Justeru, jelas ditunjukkan dalam kenyataan Imam Al-Nawawi bahawa golongan khunsa tidak boleh menjadi imam kepada orang lelaki.

Pendapat ini menepati pandangan Imam Al-Syafie Rahimahullah yang berkata:

“Dan begitulah, kalau sesiapa yang solat bersama orang perempuan (menjadi makmum kepadanya) seperti khunsa musykil, nescaya tidak sah solatnya bersama perempuan tadi. Kalau seorang khunsa musykil solat bersama orang perempuan (menjadi makmum) dan tidak selesai solatnya sehingga nyata bahawa dia perempuan, aku lebih suka baginya untuk dia mengulangi solat. Dan aku menganggap bahawa tidak memadai solatnya itu kerana dia tidak tergolong dalam kalangan orang yang boleh berimamkan perempuan tersebut ketika dia mengerjakan solat.” - Al-Umm, Al-Syafie (1/191).

Maka kesimpulan yang boleh dibuat adalah:

* Khunsa musykil boleh menjadi imam kepada orang perempuan

* Khunsa musykil tidak boleh menjadi imam kepada orang lelaki dan golongan khunsa lain

* Apabila seseorang jemaah mengetahui imam adalah khunsa, maka perlu diulangi solat

* Sumber Irsyad Al- Fatwa, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…