Hindari penyakit was-was

SESETENGAH orang sering mempunyai perasaan was-was dalam perbuatannya termasuk ketika melakukan ibadah. Apa yang dibimbangkan, perasaan itu jika dibiarkan akan berlarutan menjadi satu penyakit lebih kronik.

Ekoran perasaan ini, seseorang itu tidak pasti status ibadah yang dilaksanakan sah atau tidak.

 

Penyakit was-was sebenarnya datang daripada syaitan yang merupakan musuh kepada manusia. Syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan manusia.

Satu daripada caranya adalah dengan mencampakkan perasaan was-was kepada manusia, seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud: “Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (Al-Naas: 5)

Gangguan dan bisikan syaitan dalam bentuk was-was akan menyebabkan manusia malas dan lemah dalam melakukan ibadah, seterusnya menjadikan ia tidak sempurna.

Bagaimanapun, penyakit was-was boleh diubati. Antara usaha yang boleh dilakukan manusia adalah dengan mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan perasaan was-was itu.

Manusia juga perlu bersabar dan terus mencuba kerana mereka yang mengalami penyakit was-was sebenarnya sedang diuji. Namun dalam bersabar, mereka juga perlu terus berlatih untuk menghindari daripada diserang penyakit tersebut.

Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mempelajari tata cara beribadah dengan betul. Seseorang yang kurang berpengetahuan dalam soal agama akan mudah terpengaruh dan akhirnya mengelirukan dirinya.

Jangan juga lupa memohon perlindungan Allah SWT. Rasulullah SAW juga pernah ditanya oleh sahabat yang mana syaitan telah datang dan mengganggunya ketika dalam solat, lalu baginda bersabda yang bermaksud:

“Itu adalah syaitan yang namanya Khinzib. Jika kamu merasa akan gangguannya, maka mohonlah perlindungan daripada Allah SWT dan ludahlah ke bahagian kirimu sebanyak tiga kali.” - Riwayat Muslim (2203)

SUMBER: Irsyad Al-Fatwa, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…