Jangan jadi ibu bapa derhaka

ANAK yang melupakan ibu bapa sering dilabelkan sebagai anak derhaka. Namun, pernahkah anda mendengar istilah ibu bapa derhaka?

Ibu bapa derhaka adalah mereka yang tidak menjaga sebaiknya amanah diberikan Allah SWT kepada mereka iaitu anak-anak. Sebaliknya, mereka menzalimi si anak bukannya mendidik kanak-kanak itu mengikut apa yang diperintahkan Allah.

Anak-anak sebenarnya mempunyai hak. Mereka berhak untuk diajar mengenali Allah dan mengenali Islam sebagai cara hidup.

Mereka juga berhak mendapat pendidikan yang baik dan makanan yang bagus untuk tumbesaran mereka. Apatah lagi hak untuk dilindungi daripada sebarang kecelakaan.

Namun, masalahnya ramai ibu bapa beranggapan mereka mempunyai hak mutlak terhadap anak-anak. Semua arahan ibu bapa perlu dituruti dengan alasan anak-anak adalah hak mereka.

Anak-anak boleh mentaati ibu bapa selagi perkara yang disuruh itu tidak bertentangan dengan suruhan Allah.

Allah juga sudah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” (Al-Tahrim: 6)

Oleh itu, umat Islam wajib mempersiapkan diri mereka untuk menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik isteri, suami dan anak-anak ke arah diredai Allah.

 

SUMBER buku: Tinta 2 Asyraf

 

 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…