Melihat Anak Bulan Ramadan - 5 Mei

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi.

Lambang Salib Belum Dipadamkan

BERASASKAN kepada berita dan gambar yang disiarkan dalam akhbar tempatan hari ini, rungutan berhubung lampu berbentuk salib di Grace Residence, Jelutong, Pulau Pinang, masih belum dipadamkan.

Perkara itu dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) mengajukan soalan sama ada kerajaan negeri menyedari kejadian lampu berbentuk salib yang sangat besar dan terang di projek berkenaan sehingga menggugat sensitiviti umat Islam.

 Beliau turut mengajukan soalan punca lampu berbentuk salib itu dibina, selain tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah berkenaan.

 Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kewujudan lambang salib di Jelutong, yang dipamerkan pada sebuah bangunan pangsapuri baharu di kawasan berkenaan.

 Perkara itu menjadi perbincangan hangat netizen, malah ia turut disebut sebagai lambang salib paling besar di dunia.

Menjelaskan perkara itu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo, berkata kerajaan negeri menyedari perkara ini selepas berita mengenainya tersebar luas di media sosial.

Kerajaan negeri, katanya, telah meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendapatkan maklum balas mengenainya.

 Menurutnya, kerajaan negeri juga telah mengarahkan MBPP mengadakan perbincangan dengan pihak arkitek perunding dan mengemukakan cadangan penyelesaian secara menyeluruh.

 Katanya, ini membabitkan sensitiviti agama dan pihak perunding kini dalam proses mengemukakan cadangan berkenaan kepada pihak MBPP.

 Beliau menjelaskan sebelum ini kerajaan negeri memaklumkan kejadian lampu berbentuk salib di Grace Residence, Jelutong, sebelum ini tidak disengajakan oleh pemaju projek terbabit.

Ini berdasarkan maklum balas daripada arkitek perunding projek itu, pada 14 Januari 2019 lalu.

Gimes pede elit

Suspendisse at libero porttitor nisi aliquet vulputate vitae at velit. Aliquam eget arcu magna, vel congue dui. Nunc auctor mauris tempor leo aliquam vel porta ante sodales. Nulla facilisi. In accumsan mattis odio vel luctus.