×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 558

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan dan jemaah yang mengiring bagi menunaikan haji tahun ini.

Laporan Utusan Online menyebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia sekali gus menangkis pelbagai dakwaan mengelirukan yang timbul kononnya jemaah rayuan dan pengiring perlu membayar kos penuh haji sebanyak RM22,900. Selepas perbincangan pagi tadi, satu kata putus telah dimuktamadkan oleh Lembaga Pengarah Tabung Haji bahawa Tabung Haji akan kekal menanggung semua subsidi itu.

ìKeputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk berdasarkan keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan Tabung Haji bagi tahun 2019. Justeru, kos tanggungan untuk musim haji tahun ini ialah sekitar RM400 juta,î katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019 dekat sini hari ini.

Rate this item
(0 votes)
Read 422 times

Login to post comments

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…