Rakyat Malaysia bertugas di Menara Jam Mekah

MEKAH 31 Julai - Jika Arab Saudi berbangga kerana memiliki jam terbesar dunia di Menara Jam Mekah, kita mungkin tumpang berbangga apabila ada anak Malaysia yang berkhidmat di menara tersebut.

 
Mohd. Hazari Redzuan
 

Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (HSE) Menara Jam Mekah, Mohd. Hazari Redzuan berkata, dia mula bertugas di bangunan itu sejak 2014 dengan bertanggungjawab bagi tujuh menara di kompleks Abraj Al-Bait itu.

"Bagaimanapun, setahun kemudian, saya ditugaskan untuk menjaga bidang HSE di Menara Jam ini yang terletak di bahagian atas kompleks," katanya kepada ditemui di bangunan Menara Jam Mekah di sini, baru-baru ini.

Katanya, kerjayanya di Mekah bermula apabila dia memohon pekerjaan tersebut yang ditawarkan oleh sebuah syarikat kerjasama antara sebuah syarikat Arab Saudi dan Malaysia.

Kedua-dua syarikat tersebut terlibat dalam projek Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru dan kemudiannya membentuk satu lagi syarikat bekerjasama untuk projek di Arab Saudi.

"Selepas berjaya dan mendapat restu keluarga, saya terus bertugas di sini dan setakat ini tidak berhasrat untuk pulang kerana kelebihan dapat tinggal di Tanah Suci," tambahnya.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga orang anak ini tidak membawa keluarganya dan akan pulang setiap tiga bulan sekali dan keluarga akan mengunjunginya ketika cuti panjang bulan Disember. - UTUSAN ONLINE

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…