Bapa, anak antara penagih ditahan di Masjid Kapitan Keling

GEORGE TOWN,11 Julai (Bernama) -- Seorang remaja berumur 13 tahun dan bapanya antara 14 individu yang ditahan kerana positif dadah dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar kawasan Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang hari ini berkata remaja yang dipercayai sudah tidak bersekolah lagi itu ditahan bersama bapanya yang berumur dalam lingkungan 40an ketika kedua-duanya meminta sedekah semalam di kawasan masjid itu.

"Operasi itu dijalankan berikutan aduan orang ramai berhubung kehadiran penagih dadah dipercayai meminta sedekah di kawasan berkenaan dan hasilnya polis menahan 14 individu tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya tangkapan semalam melibatkan 12 lelaki dan dua wanita berumur antara 13 dan 56 tahun yang mana salah salah seorang daripada lelaki itu dipercayai dalang yang mengedar dadah kepada mereka dengan sejumlah heroin dan syabu ditemukan dalam milikannya.

“Polis akan terus menjalankan operasi dari masa ke masa bagi memastikan kawasan Jalan Masjid Kapitan Keling ini bebas daripada sebarang aktiviti tidak sihat dan mencemarkan imejnya kerana ia merupakan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

-- BERNAMA
 
 
 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…