Masjid adalah medan pupuk penyatuan umat Islam, mesti bebas daripada politik - Raja Perlis

KANGAR, 11 Julai (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah masjid di Perlis mesti bebas daripada politik sebaliknya kekal sebagai medan untuk memupuk perpaduan dan menyemai kasih sayang berlandaskan prinsip ukhuwah Islamiyyah.

Sehubungan itu baginda mahu masjid-masjid dalam negeri Perlis ditabir dan diimarahkan tanpa melibatkan kepentingan parti dan sentimen politik.

“Landskap politik boleh berubah. Parti dan kerajaan peringkat negeri dan persekutuan juga boleh bertukar namun masjid-masjid hendaklah kekal dengan peranannya menyatukan umat Islam,” titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Baginda bertitah merasmikan Multaqa Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tahun 2019 bersempena sambutan keputeraan baginda ke-76 di Dewan Warisan di sini, hari ini.

Teks titah baginda dibacakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sebelum itu, Rektor Universiti Fatoni, Pattani, Thailand, Dr Ismail Lutfi Abdul Rahman Japakiya membentangkan kertas bertajuk ‘Masjid Dalam Perspektif Islam: Manifestasi Kasih Raja dan Ketaatan Rakyat.’

Mufti kerajaan Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula membentangkan kertas ‘Pengurusan dan Pengimarahan Masjid di Negeri Perlis: Antara Cabaran dan Harapan.’

Tuanku Syed Sirajuddin menitahkan pegawai-pegawai masjid dan ahli-ahli jawatankuasa kariah supaya sentiasa proaktif mencegah sebarang tindakan mempolitikkan masjid oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“Tuan-tuan juga hendaklah berusaha menambah pengetahuan dan mengukuhkan penghayatan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dikanunkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis pada 1948,” tambah baginda.

-- BERNAMA
 
 
 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…