Saipolyazan dilantik sebagai CEO LZS baharu

SHAH ALAM, 10 Jun (Bernama) -- Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik Saipolyazan Mat Yusop sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu berkuatkuasa hari ini. LZS dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata Saipolyazan dilantik ke jawatan berkenaan bagi menggantikan Hussin Mohd Ali yang mengosongkan jawatan berkenaan pada 10 Okt 2017.

Sepanjang tempoh kekosongan itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ketua Pegawai Penyelaras LZS Abdul Basith Hamid 

"Beliau mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang pengurusan dan pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat korporat.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini adalah Ketua Pengurusan Kemudahan – Al Borj Facility Management (Arab Saudi), Pengarah Pengurusan Fasiliti IBEX Management Services Sdn Bhd, Pengarah Operasi Kumpulan IBEX Group of Companies.

"Selain itu beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengurus Projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB), Ketua Perancangan dan Pembangunan Celcom Kawasan Tengah, dan Penolong Pengurus Telekom Malaysia," katanya di sini hari ini

LZS juga berharap dengan pelantikan berkenaan visi LZS untuk memperkasakan lagi pengurusan zakat di negeri Selangor dapat diteruskan.

-- BERNAMA
 
 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…