Himpunan Cinta Baju Melayu meriahkan sambutan Aidilfitri di selatan Thailand

PATTANI, 8 Jun (Bernama) -- Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pattani, selatan Thailand begitu meriah apabila ribuan golongan muda menggayakan baju Melayu dan baju kurung baharu yang berwarna-warni membanjiri Masjid Kerisik di sini. Himpunan Cinta Baju Melayu, anjuran Persatuan Pemuda Pattani bermula pada Hari Raya Aidilfitri kedua, ketiga dan keempat itu melihat golongan muda dari tiga wilayah selatan Thailand – Pattani, Narathiwat dan Yala mengenakan busana Melayu traditional beramah mesra bagi mengeratkan silaturahim.

Menaiki motosikal, trak pikap dan kenderaan dari tiga wilayah itu mereka berhimpun di Masjid Kerisik yang juga dikenali sebagai Masjid Krue Se yang bersejarah itu.  

Anak muda dari kampung sama telah menggayakan baju raya sedondon untuk menghadiri majlis itu.

Dengan menggunakan hashtag termasuk #CintaiBajuMelayu, #PestaRayaKita, dan #BudayaMelayuPatani, himpunan itu berjaya mengumpul hampir 2,000 golongan muda di dataran Masjid Kerisik sempena sambutan Aidilfitri, semalam.

Persiapan himpunan busana raya ini bermula kira-kira sebulan yang lepas di mana mereka akan mengumpul duit untuk membeli kain yang sama warna dan mengupah tukang jahit menyiapkan baju raya.

Pada Hari Raya pertama, Khamis lepas, golongan muda yang berpakaian baju Melayu dan berbaju kurung telah membersihkan Pantai Limau Nipis, Narathiwat.

Hari ini, dianggarkan 1,000 golongan muda termasuk mahasiswa dan pelajar berkumpul di Masjid Kerisik.

Himpunan itu bertujuan untuk memartabatkan budaya Melayu khususnya menggalakkan golongan muda menggayakan busana traditional selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk tempatan.

-- BERNAMA
 
 

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…