MAIM nasihat orang ramai guna saluran sah bayar zakat

MELAKA, 25 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menasihati orang ramai agar membuat pembayaran zakat di kaunter Zakat Melaka, dan tidak bertindak membuat pengagihan sendiri, bagi mengelak berlakunya pembahagian yang tidak sekata.

Usaha dakwah kepada Orang Asli tidak menyalahi perlembagaan - Nasaruddin

KOTA BHARU, 25 Jun (Bernama) -- Usaha dakwah beberapa jabatan dan badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan termasuk Majlis Agama Islam (MAIK) kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan tidak perlu dipertikaikan kerana Islam adalah agama Persekutuan.

Majlis Peguam Palestin berhasrat saman peserta persidangan tajaan AS di Bahrain

RAMALLAH, 25 Jun (Bernama) -- Majlis Peguam Palestin (PBA) bercadang mengemukakan saman terhadap peserta satu persidangan yang ditaja Amerika Syarikat (AS) di Bahrain, lapor agensi berita Turki Anadolu. 

Wanita Islam didenda langgar larangan pakai burkini

PARIS: Sekumpulan wanita Islam Perancis bertindak melanggar peraturan ditetapkan kolam mandi dengan memakai burkini.

Dalam bantahan yang diilhamkan penaung hak sivil Amerika Syarikat, Rosa Parks, mereka mandi dengan memakai sut yang menutup seluruh tubuh kecuali muka, tangan dan kaki, di kolam mandi di bandar raya Grenoble kelmarin.

Tembakan dilepaskan pada masjid di Ceuta, Sepanyol

MADRID - Dua orang bertopeng yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke masjid di wilayah Sepanyol, Ceuta pada pantai utara Afrika.

Jurucakap wakil kerajaan pusat Sepanyol di Ceuta berkata, tiada orang yang cedera dalam serangan yang berlaku pada awal pagi tadi.

44,000 penduduk Kazakhstan berpindah kilang peluru meletup

ALMATY: Kerajaan Kazakhstan mengarahkan pengosongan sebuah kawasan dengan 44,000 penduduk, hari ini, selepas beberapa letupan di sebuah kilang peluru.

Menurut pihak berkuasa negara Asia Tengah itu, insiden terbabit turut mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan puluhan yang lain.

MAIWP rai 500 anak yatim

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meraikan seramai 500 orang anak yatim dan anak-anak asnaf di Majlis Sambutan Aidilftri MAIWP Tahun 2019 yang diadakan baru-baru ini di Kompleks MITEC.

Kelantan akan guna khidmat guru agama, penghulu beri kesedaran pentingnya vaksin

KOTA BHARU, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri akan menggunakan khidmat guru agama dan penghulu dalam kalangan Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang bagi memberi kesedaran akan kepentingan vaksin kepada penduduk di sana.

Rohingya kandas di Satun mangsa pemerdagangan manusia

SATUN (Selatan Thailand) 24 Jun- Pihak berkuasa Thailand mengesahkan kesemua 65 etnik Rohingya yang terkandas di Pulau Rawi di perairan Satun, selatan Thailand pada 11 Jun lepas merupakan mangsa pemerdagangan manusia. 

Arabs renew pledge to give Palestinians RM415 million in aid monthly

CAIRO: The Arab League Sunday reaffirmed a pledge to pay $100 million (RM415 million) a month to the Palestinian Authority, a day after Washington unveiled its Middle East peace plan.

Arab finance ministers meeting in Cairo renewed a promise first made in April to boost “the Palestinian Authority’s budget with a $100 million monthly transfer... as it faces financial burdens“, a statement said.

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji tidak sebar berita tidak puas hati terhadap TH

SHAH ALAM, 23 Jun (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan jemaah haji supaya tidak menyebarkan berita dan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) di media sosial.

15 jenazah Orang Asli dikebumikan secara Islam

GUA MUSANG, 23 Jun (Bernama) -- Jenazah lima Orang Asli suku Batek yang meninggal dunia dipercayai akibat demam campak, disembahyangkan di Masjid Tengku Faiz Petra, Gua Musang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Koh, hari ini.

Bakal haji diingatkan supaya saling bekerjasama

NILAI, 23 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini, mengingatkan bakal haji untuk saling berganding bahu, bantu membantu dan hormat menghormati antara satu sama lain, ketika mengerjakan ibadah haji nanti.

Kerajaan akan tangani masalah penempatan pelarian Bukit Malut, Langkawi

SHAH ALAM, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti dan menyelesaikan masalah kebanjiran penempatan pelarian Rohingya di Bukit Malut, Langkawi, Kedah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Imam tak sempat imamkan solat maut kemalangan

IPOH – Imam Masjid Sultan Azlan Shah, Mokhamad Ngifni Abdul Basir, 33, tidak sempat mengimamkan solat Zuhur apabila dia meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 18, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini.

UAE cadangkan rundingan antara AS dan Iran

ABU DHABI – Emeriah Arab Bersatu (UAE) mencadangkan agar satu rundingan dibuat bagi meredakan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran.

Cadangan itu disuarakan Menteri Hubungan Luar UAE, Anwar Gargash selepas Tehran menembak jatuh dron dimiliki AS.

Keselamatan pelarian Rohingya: Badan antarabangsa perlu main peranan - PM

BANGKOK: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, badan antarabangsa perlu memainkan peranan menjamin keselamatan pelarian Rohingya yang ingin pulang ke Myanmar.

Perdana Menteri berkata, komuniti antarabangsa juga boleh berperanan memastikan pelarian yang sudah pulang ke negara asal mereka, tidak terdedah kepada sebarang ancaman bahaya.

Etiqa Takaful laksana tuisyen percuma kepada pelajar asnaf

TANAH MERAH, 22 Jun (Bernama) -- Etiqa Takaful dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Islamic Aid Malaysia (IAM) melaksanakan tuisyen percuma kepada murid sekolah rendah daripada golongan asnaf yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

IPOH, 22 Jun (Bernama) -- Para jemaah haji hari ini digesa berazam menjadi duta yang mengharumkan nama Malaysia dalam segala aspek semasa menunaikan ibadah haji.

Menggesa demikian, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah azam itu perlu merangkumi aspek-aspek ibadah, mematuhi undang-undang dan peraturan, amanah, berdisiplin, menepati waktu, sabar dan bertoleransi, sedia membantu serta mengutamakan kebersihan.

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

IPOH, 22 Jun (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini memuji Lembaga Tabung Haji kerana berjaya melaksanakan urusan haji dengan cemerlang walaupun berdepan cabaran besar ketika ini.

Institusi zakat disaran turun padang dekati asnaf - Mujahid

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Institusi zakat disaran turun padang bagi mendekati dan mencari golongan asnaf di seluruh negara dalam usaha menyampaikan bantuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jawatankuasa Pembangunan Wakaf ditubuh, perkasa pembangunan hartanah di Melaka

MELAKA, 22 Jun (Bernama) – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Wakaf yang terdiri daripada agensi kerajaan, agensi korporat, dan usahawan Muslim bagi memperkasakan lagi pembangunan hartanah wakaf di negeri ini.

Jemaah dinasihat gunakan teknologi sebaiknya bagi kerjakan ibadah haji

ALOR GAJAH, 22 Jun (Bernama) -- Para jemaah haji dinasihatkan supaya menggunakan teknologi seperti internet dan telefon pintar dengan sebaiknya bagi mengerjakan ibadah haji mereka.

Krisis Iran, AS semakin runcing

WASHINGTON - Pihak berkuasa Washington kelmarin melarang pesawat-pesawat penerbangan awam milik Amerika Syarikat (AS) daripada melalui kawasan yang menyaksikan Iran menembak jatuh sebuah dron ketenteraan AS.

Kubur dirosakkan: MAIM minta penduduk Bachang bertenang

MELAKA: Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab hari ini meminta pihak yang terlibat dalam kejadian merosakkan batu nisan serta membakar kubur di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang di sini malam tadi segera menyerah diri kepada pihak polis.

4 Termasuk 2 kanak-kanak terbunuh serangan udara tentera Syria

BEIRUT 22 Jun - Empat termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila tentera kerajaan Syria melancarkan serangan udara yang menyasarkan kumpulan pemberontak di barat laut negara itu, hari ini. 

Iran laksanakan hukuman mati ke atas perisik CIA

TEHRAN 22 Jun - Iran melaksanakan hukuman mati terhadap bekas kontraktor Kementerian Pertahanan selepas didapati bersalah menjadi perisik kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan kerajaan Amerika Syarikat. 

Malaysia desak pelaku jenayah ke atas Rohingya segera didakwa

BANGKOK : Pelaku kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar perlu dihadapkan ke muka pengadilan, desak wakil Malaysia pada sidang kemuncak ASEAN di sini hari ini.

Hantar pulang etnik Rohingya lebih teratur - Saifuddin

BANGKOK: Malaysia mahukan supaya pelan penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya ke Myanmar dibuat secara komprehensif bagi menjamin keselamatan mereka, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Lihat semula program jamuan raya di pejabat kerajaan - Mufti Perlis

KANGAR, 21 Jun (Bernama) -- Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kerajaan melihat semula keperluan jabatan kerajaan mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri setiap kali tiba bulan Syawal.

Penyeragaman fatwa dan undang-undang syariah beri keadilan kepada semua pihak - Mujahid

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Penyeragaman fatwa serta undang-undang syariah perlu bagi memperkasakan undang-undang syariah agar ia dapat memberikan keadilan dan rahmat kepada semua pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Tuanku Muhriz berkenan berangkat ke majlis Aidilfitri USIM

NILAI, 21 Jun (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Pencuri tegar ditangkap lagi larikan duit masjid

KEPALA BATAS, 21 Jun (Bernama) -- Seorang penganggur yang pernah disabitkan kesalahan mencuri wang tunai dari tabung masjid dan dipenjarakan seperti tidak serik apabila dia ditangkap lagi semalam kerana mengulangi jenayah yang sama di Masjid Datuk Sheikh Adnan, Penaga di sini Rabu lepas.

Kariah masjid bantah perubahan cadangan jajaran LRT Bayan Lepas

GEORGE TOWN, 21 Jun (Bernama) -- Kariah Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini mahu jajaran transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas dibina mengikut pelan asal dan bukan melalui kawasan hadapan masjid berkenaan dan tanah perkuburan berdekatan.

M4E serah memo bantah kematian Morsi di kedutaan Mesir

KUALA LUMPUR - Walaupun tidak mendapat kerjasama baik daripada Pejabat Kedutaan Besar Mesir ke Malaysia di sini, sebuah pertubuhan kerajaan (NGO) mewakili 32 pertubuhan Islam tekad menyerahkan memorandum bantahan terhadap kematian dan penganiayaan terhadap bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi di hadapan pejabat kedutaan itu hari ini.

Trump tarik balik serangan ke atas Iran

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini meluluskan serangan tentera ke atas Iran kerana menembak jatuh ‘dron pengintip’ bernilai AS$130 juta (RM539.4 juta) namun menarik balik arahan itu, kata New York Times.

3,450 hadir Kursus Perdana Haji Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 3,450 bakal jemaah haji mengikuti Kursus Perdana Haji peringkat negeri anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di Masjid Bandar Dato’ Onn di sini, hari ini.

Nepal larang permainan PUBG

Kathmandu: Nepal bertindak mengharamkan permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG, susulan kebimbangan ia memberi kesan kepada kanak-kanak.

Rohingya terkandas di Satun, mangsa pemerdagangan manusia

SATUN (Selatan Thailand), 19 Jun (Bernama) -- Pihak berkuasa Thailand mengesahkan kesemua 65 etnik Rohingya yang terkandas di Pulau Rawi di perairan Satun, selatan Thailand pada 11 Jun lalu merupakan mangsa pemerdagangan manusia.

Kerjasama kukuh institusi agama tepis permintaan bertentangan Islam, Perlembagaan - Agong

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah, institusi agama kerap menerima tekanan daripada luar seperti pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kementerian Luar Negeri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha mereka menegakkan hak asasi manusia namun bertentangan dengan syariat Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

RM1 juta bantu asnaf keluar daripada belenggu kemiskinan - MAIPs

KANGAR, 20 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan zakat di bawah Skim Program Peningkatan Ekonomi Asnaf Fakir dan Miskin lebih RM1 juta setiap tahun untuk mengeluarkan asnaf keluar daripada belenggu kemiskinan.

Murid sesak nafas ketika program rumah terbuka sekolah berlangsung

JOHOR BAHRU, 20 Jun (Bernama) -- Kejadian pencemaran udara terbaru yang menjejaskan 15 mangsa termasuk 13 murid dari dua sekolah di Pasir Gudang hari ini, dilaporkan berlaku ketika berlangsung sesi pembelajaran dan program rumah terbuka Aidilfitri di sekolah terbabit.

Insiden di Pasir Gudang mungkin disebabkan terhidu gas beracun - Dr Dzulkefly

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Insiden membabitkan 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang, Johor, yang mengalami kesukaran bernafas dan muntah-muntah, kemungkinan disebabkan gas beracun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kerjasama kukuh institusi agama tepis permintaan bertentangan Islam, Perlembagaan - Agong

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah, institusi agama kerap menerima tekanan daripada luar seperti pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha mereka menegakkan hak asasi manusia namun bertentangan dengan syariat Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

MAIK Agih Hampir RM32.5 Juta Bantu Golongan Asnaf Suku Pertama Tahun Ini

KOTA BHARU, 20 Jun (Bernama) — Sehingga suku pertama 2019, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengagihkan sebanyak RM32.5 juta kepada enam golongan asnaf di negeri ini.

Isu Zakir Naik: Tiada keputusan selagi belum terima permohonan India - Muhyiddin

SERDANG: Keputusan mengenai status Zakir Naik tidak akan dibuat selagi kerajaan tidak menerima sebarang permohonan rasmi dari India untuk mengekstradisi pendakwah itu.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata setakat ini tiada permohonan rasmi dibuat oleh India dalam hal ini.

151 orang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

ANKARA 20 Jun - Mahkamah Turki hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada 151 orang yang terbabit dalam cubaan rampasan kuasa di negara ini pada 2016.

Tabung Haji saran 30,200 bakal jemaah haji musim ini hadir Kursus Perdana Haji

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan 30,200 jemaah haji yang bakal menjalani ibadah itu pada musim haji 1440/2019 M menyertai Kursus Perdana Haji yang diadakan di seluruh negara secara berperingkat bermula esok hingga 29 Jun ini.

Morsi ‘diseksa’ sebelum meninggal?

WASHINGTON 19 Jun - Kematian bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi kelmarin amat menyedihkan apabila beliau didakwa meninggal dunia di dalam kandang tertuduh kalis bunyi yang direka bentuk untuk mendiamkannya.

Serangan tentera Syria ragut 28 nyawa di Idlib

BEIRUT 20 Jun - Serangan tentera kerajaan Syria di Idlib mengakibatkan 28 orang terbunuh termasuk 17 orang awam, dalam keganasan terbaharu di wilayah yang dihuni tiga juta orang penduduk.

Tentera Iran tembak jatuh dron AS

TEHRAN: Tentera Pengawal Revolusi Iran menembak jatuh ‘dron pengintip’ Amerika Syarikat yang memasuki wilayahnya selepas ia menceroboh ruang udara Iran, lapor televisyen tempatan.

MAIWP bakal perkenal konsep penilaian murid terhadap guru

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal memperkenalkan konsep penilaian murid terhadap guru bertujuan menambah kualiti pembelajaran dan pengajaran di semua institusi pendidikan di bawah majlis berkenaan.

Pemilihan makanan halal aspek penting umat Islam

SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) -- Pemilihan makanan halal merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan setiap pengguna Muslim, kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

394 pelajar KUIS keracunan makanan

SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Sejumlah 394 pelajar tahun satu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) didapati mengalami keracunan makanan awal pagi tadi selepas memakan hidangan yang disediakan semasa program orientasi yang dianjurkan oleh universiti itu semalam.

Pelarian Yaman di Malaysia serah memorandum kepada UNHCR

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Lebih 40 pelarian Yaman yang berada di Malaysia pada Rabu berhimpun secara aman di hadapan pejabat Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia, di sini, bagi menyerahkan memorandum menuntut hak asasi komuniti itu.

Umat Islam hidup harmoni bersama etnik lain di China - duta

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Umat Islam di China sejak sekian lama menjalani kehidupan dalam keadaan aman dan harmoni bersama-sama etnik yang lain, kata duta besar China ke Malaysia Bai Tian.

Prof Dr Normah Omar dinobatkan wanita kedua paling berpengaruh dalam bidang kewangan Islam

SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Normah Omar telah dinobatkan sebagai wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam oleh Cambridge International Finance Advisory.

Serba Dinamik bags RM251 million contract in Qatar, six local jobs

KUALA LUMPUR, June 18 (Bernama) -- Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) has secured an operations and maintenance (O&M) contract in Qatar with an estimated value of RM250.62 million as well as six Malaysia-based contracts with no specific value attached.

Rohingya stranded at Rawi Island are human trafficking victims - Thai authorities

SATUN (Southern Thailand), June 19 (Bernama) — Thai authorities have confirmed that the 65 ethnic Rohingya who were stranded on Rawi Island, off Satun in South Thailand, last June 11, are human trafficking victims.

Malaysia tetap tolak LGBT - Marzuki

KUALA LUMPUR 18 Jun - Malaysia kekal dengan pendiriannya menolak amalan dan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

PPKPI: Mengapa libatkan bukan Islam?

KUALA LUMPUR 18 Jun - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching disifatkan tidak memahami isu yang dibangkitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung penubuhan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).

MBS terbabit pembunuhan Jamal - PBB

GENEVA 19 Jun - Pakar hak asasi manusia bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa wujudnya ‘bukti boleh dipercayai’ yang mengaitkan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman (MBS) dengan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi tahun lalu.

Pemimpin ASEAN didesak perlu serius berhubung isu Rohingya

BANGKOK 19 Jun - Kumpulan hak asasi manusia mendesak pemimpin ASEAN untuk menggunakan sidang kemuncak akan datang bagi mengadakan rundingan berhubung ‘layanan’ Myanmar terhadap masyarakat etnik Rohingya.

RTM sangkal siar program sebar agama lain

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyangkal dakwaan telah menyiarkan program berunsur penyebaran agama selain Islam di siaran TV2, hari ini.

Agong harap lawatan ke UAE rintis laluan pertingkatkan peluang ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap lawatan khas tiga hari baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir Jumaat lepas, akan merintis laluan ke arah kerjasama ekonomi yang lebih baik antara Malaysia dan negara Teluk Arab itu.

Pelajar miskin cemerlang masuk UIAM

KUANTAN: Pelajar miskin yang memperoleh 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 mendaftar ke Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gambang, dekat di sini.

Abdul Manaf Abdul Aziz, 18, antara 3,604 pelajar yang diterima mengikuti program itu bagi mengejar impiannya bergelar doktor saraf dan otak.

AS hantar tambahan 1,000 askar ke Asia Barat

WASHINGTON: Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Patrick Shanahan mengumumkan pengerahan tambahan kira-kira 1,000 askar negara itu ke Asia Barat dalam apa yang dikatakan untuk tujuan pertahanan, memetik kebimbangan ancaman daripada Iran.

Tinjauan pandangan rakyat tambah baik Pendidikan Islam

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) akan melaksanakan satu tinjauan dalam talian bagi mendapatkan maklum balas terhadap usaha penambahbaikan ksubjek Pendidikan Islam.

Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia di hospital di sini selepas pengsan ketika sesi perbicaraan di mahkamah pada Isnin, menurut sumber kehakiman dan keselamatan.

'Disko Halal' yang disensasikan di Arab Saudi, ditutup pada hari pertama operasi

RIYADH: Sepanjang minggu lalu, banyak portal berita dunia yang menguar-uarkan tentang Arab Saudi yang bakal memiliki sebuah kelab malam di Jeddah.

Mendapat jolokan ‘Disko Halal’, premis hiburan itu dikhabarkan membenarkan para lelaki dan wanita bercampur dan menari bersama dalam satu ruangan, selain disajikan minuman tanpa alkohol.

Hindari fitnah demi perpaduan ummah

Fitnah dengan maksud tuduhan jahat tanpa bukti merupakan suatu pembohongan besar yang sangat merugikan dan termasuk dalam dosa besar yang tidak mendapat pengampunan Allah SWT selagi tidak diselesaikan sesama manusia. Oleh kerana itulah Islam melarang umatnya memfitnah atau menyebarkan berita-berita fitnah.

Penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Melaka dimuktamad tahun ini

MELAKA - Kerajaan negeri berharap penubuhan Jabatan Pendidikan Islam yang masih dalam proses perbincangan dapat dimuktamad dan direalisasikan tahun ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kelewatan pembangunan jabatan yang sebelum ini dijadualkan dapat ditubuhkan Mac lalu terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk melibatkan isu perlembagaan.

Raja Permaisuri Agong Ketua Perlembagaan UIAM baharu

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima watikah pengisytiharan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baharu di Istana Negara, hari ini.

Isu Zakir Naik dibawa ke kabinet jika ada permohonan ekstradisi

TELUK INTAN, 17 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan mengadakan perbincangan secara terperinci di dalam Kabinet berhubung proses menghantar pulang pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik sekiranya menerima permohonan secara rasmi daripada kerajaan India.

Cadangan seragam undang-undang kesalahan jenayah syariah akan dipersembah kepada Raja-raja -- Mujahid

KANGAR, 17 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan menghadap Majlis Raja-raja tidak lama lagi berhubung cadangan untuk menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah antara negeri-negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan mampu bela nasib bekas isteri, anak-anak

KUALA LUMPUR: Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah diharap mampu membela nasib isteri dan ibu tunggal yang sering terabai selepas berlakunya penceraian.

Peranan pusat pengajian Islam bimbing umat islam, elak kekeliruan - Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan umat Islam masa kini yang lebih suka mencari jawapan segera dalam talian daripada menimba ilmu dari pusat-pusat keilmuan berkaitan.

Malaysia tidak setuju tindakan India terus menekan Pakistan - Tun Mahathir

LONDON: Malaysia akan cuba menghalang tindakan India yang meminta Jawatankuasa Bertindak Tindakan Kewangan (FATF) untuk meletakkan Pakistan dalam senarai hitam badan itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kabinet luluskan penubuhan Jawatankuasa Khas teliti kewujudan mahkamah khas

PARIT BUNTAR, 15 Jun (Bernama) -- Kabinet meluluskan penubuhan sebuah Jawatankuasa khas bagi meneliti semua aspek berhubung cadangan mewujudkan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah.

Lawatan khas Yang di-Pertuan Agong memperkukuh hubungan Malaysia-UAE

ABU DHABI, 15 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakhiri lawatan khas tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat yang memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara Teluk Arab itu.

Dr Mahathir lawat Galeri Yayasan Al Bukhary di British Museum

LONDON, 15 Jun (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu melawat Galeri Dunia Islam Yayasan Al Bukhary di British Museum di Bloomsbury, di sini.

Kalau berterusan, kita tidak lagi dihormati - Mufti Wilayah

PUTRAJAYA - Suasana politik negara yang panas ditambah pula dengan penyebaran video seks terlampau yang mengaitkan seorang Menteri Kabinet, akan merencatkan cita-cita kerajaan untuk menumpukan usaha kepada pembangunan ekonomi, kestabilan politik, memelihara keamanan dan memupuk perpaduan antara kaum.

Muslim NGOs launch '1m signatures' campaign to back Dr M on Zakir Naik

The Malaysian Islamic Organisation of Consultative Council (Mapim) and other Muslim NGOs have launched a one million signatures campaign to support Prime Minister Dr Mahathir Mohamad on the extradition of Zakir Naik.

Insiden serangan di Teluk Oman: Malaysia gesa bagi siasatan terbuka

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia menggesa bagi siasatan antarabangsa yang terbuka, telus dan objektif berhubung insiden serangan semalam ke atas dua kapal tangki di Teluk Oman.

Kesemua 48 rakyat Malaysia di Sudan selamat - Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kesemua 48 rakyat Malaysia di Sudan dilaporkan selamat susulan perkembangan politik dan keselamatan terkini di negara itu.

Agong performs Friday prayers at Sheikh Zayed Grand Mosque in Abu Dhabi

ABU DHABI, June 14 (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ended his three-day special visit to the United Arab Emirates by performing Friday prayers at the Sheikh Zayed Grand Mosque and visiting the Louvre Abu Dhabi.

Bashir didakwa dengan tuduhan rasuah

KHARTOUM: Bekas presiden Sudan, Omar Al-Bashir, didakwa dengan tuduhan rasuah, kata pegawai pendakwaan semalam, dua bulan selepas penyingkiran beliau.

“Tuduhan dikenakan terhadap bekas presiden berkaitan pemilikan mata wang asing dan memiliki kekayaan secara haram dan mencurigakan,” kata pegawai kepada agensi berita SUNA.

Suspek pembunuhan beramai-ramai Christchurch mengaku tidak bersalah

CHRISTCHURCH : Suspek utama kes pembunuhan beramai-ramai membabitkan dua masjid di Christchurch mengaku tidak bersalah hari ini atas beberapa tuduhan membunuh serta aktiviti keganasan dan akan dibicarakan tahun depan.

Pelajar Al-Azhar dari Terengganu meninggal dunia

KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Bernama) -- Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Terengganu yang kritikal akibat pendarahan dalam kepala meninggal dunia pada pukul 2 petang semalam (8 malam waktu Malaysia).

Agong beri penghormatan kepada wira-wira UAE yang gugur

ABU DHABI, 14 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Wahat Al-Karama, sebuah tapak peringatan untuk wira-wira UAE yang telah terkorban, pada hari kedua lawatan khas tiga hari Seri Paduka ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perlu pusat pengurusan wakaf di IPT - Mujahid

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Pusat pengurusan wakaf di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu ditubuhkan agar ia dapat dikendalikan dengan lebih sistematik dan holisitik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Simpanan Tabung Haji wanita lesap diperdaya Macau scam

KUANTAN, 14 Jun (Bernama) -- Seorang wanita berputih mata selepas wang simpanan Tabung Haji miliknya lesap akibat diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak Mac lalu. 

Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Wilayah Asir, barat daya Arab Saudi yang mengakibatkan 26 orang cedera, semalam.

Agong, Putera Mahkota Abu Dhabi adakan perbincangan

ABU DHABI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Israel serang sasaran Hamas di Gaza

BAITULMAQDIS: Jet pejuang Israel menyerang sasaran Hamas di Gaza hari ini dalam serangan balas terhadap roket Palestin, kata tentera Zionis dalam pertembungan merentasi sempadan serius sejak meningkatnya keganasan bulan lalu.

Lapangan terbang Arab Saudi diserang

RIYADH 12 Jun - Serangan peluru berpandu pemberontak Yemen mencederakan 26 orang awam di Lapangan Terbang Abha yang terletak di barat daya Arab Saudi, hari ini.

Jurucakap tentera perikatan diketuai Arab Saudi, Turki al-Malki berkata, seramai lapan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Tiga masjid Jerman diserang dalam 48 jam

BERLIN 12 Jun – Tiga buah masjid di Jerman diserang secara berasingan oleh kumpulan anti-Islam dalam tempoh 48 jam. 

Lebih biadab, kumpulan anti-Islam itu turut membakar senaskhah al-Quran di sebuah masjid di Bremen, yang terletak di barat laut Jerman. 

Israel rancang rampas Baitulmuqaddis Timur

RAMALLAH 12 Jun - Bimbang dengan laporan demografi penempatan Yahudi semakin mengecil di Baitulmuqaddis Timur menjelang 2045, Israel dilapor akan mengukuhkan penjajahan mereka di wilayah itu selepas kerajaan baharu Israel dibentuk.

64 etnik Rohingya tersadai di selatan Thai

SATUN 12 Jun - Pihak berkuasa Thailand menemui sebuah kapal nelayan yang membawa 64 etnik Rohingya, termasuk lima kanak-kanak tersadai di Pulau Rawi di perairan Satun, semalam.

Lelaki mengaku bersalah hina nabi

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW, agama Islam dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di laman sosial Facebook, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tentang Kami

 Kenali BatuBersurat Langganan Emel       ◊ Hubungi Kami
Langgan batubersurat hari ini untuk menerima ringkasan berita harian terus ke inbox anda. Kami menghargai maklumat anda, dan kami tidak akan spam inbox anda dengan emel yang banyak.

                    Batu Bersurat,

                    A99, Jalan Tuanku 2,

                    Salak South Garden,

                    57100 Kuala Lumpur,

                    MALAYSIA

batubersurat.com adalah portal yang mengumpulkan berita dan info berkaitan Islam, dikutip dari pelbagai sumber dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai perkembangan Islam dan dunia Islam mengikut segmen yang disediakan.

   

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…